Isnin, 31 Oktober 2011

Hari nih terasa sedih setelah mendengar satu berita yang amat mengejutkan.. Salah seorang guru yang paling aku sayang telah menghadap ilahi pukul 8 pagi td 31 Oktober 2011 bersamaan 4 Zulhijjah 1432H. Bukan sekadar ilmu yg kau curahkan tp kasih sayang mu seorang ibu yg menjaga hampir ribuan anak..Kehilangan mu satu kepiluan bagiku..Jasa mu akan ku kenang sampai akhir hayatku..

للهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Al-Fatihah buat Allahyarhamah ustazah Khairah yang sangat kami sayangi..
rindu dengan beliau
moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin...

Moga Allah membuka pintu Syurga Bagi mu ...


Doa ku sentiasa mengiringi roh mu..


Ya Allah tempatkan lah ahluljannah ini bersama para RasulMu...

Azan pagi ini terasa begitu syahdu pabila mengimbau kembali kenangan lalu..
Sedikit terkilan di hati ini tidak dapat berjumpa buat kali terakhir..Hanya doa penghubung rindu.. Mudah-mudahan kau ditempatkan bersama para anbia' dan para solihin mujahidin..


Buat guruku yang kusayangi ikhlas dr ku,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan