Ahad, 13 November 2011

Perpaduan Kaum Kestabilan Negara




Sesungguhnya bumi Malaysia memang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.Ini kerana rakyatnya dapat hidup aman dan harmoni dan saling hormat menghormati.Rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu,Cina,India dan lain-lain dapat menjalani kehidupan dengan baik berdasarkan prinsip toleransi,hormat-menghormati dan bersatu.
Perpaduan rakyat amat penting kerana ia adalah keutuhan dan keselamatan negara.
Trajedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak bahawa perpaduan dan keharmonian amat penting untuk negara.Antara berlakunya trajedi ini ialah kerana perasaan tidak puas hati di antara kaum.
Pengajaran yang kita dapat perolehi daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini ialah rusuhan kaum tidak menguntungkan mana-mana pihak,mengorbankan banyak nyawa dan harta benda dan berusaha mengatasi kemiskinan antara kaum dengan berusaha bersungguh-sungguh.
Kesimpulannya,resepi Malaysia boleh berjaya hingga ke hari ini ialah kerana masyarakatnya yang hidup aman damai,bersatu,bekerjasama dan saling hormat-menghormati.Kita tidak mahu keharmonian masyarakat kita dicabul oleh kuasa-kuasa asing bagi menjatuhkan negara Malaysia yang tercinta.

sumber: 
http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/perpaduan-kaum-kestabilan-negara/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan